Lepasan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan latihan dan pendedahan dalam pengendalian kes-kes Syariah. Setiap perkara ditangani secara berstruktur, teliti dan mematuhi prinsip undang-undang.
Amalan kami merangkumi keseluruhan spektrum undang-undang Syariah termasuk perkahwinan, perceraian, hak penjagaan anak dan harta pusaka. Klien dibimbing dari peringkat awal sehingga ke prosiding Mahkamah.
Setiap klien dilayan secara profesional dan beretika. Kami mendengar dengan empati, menilai situasi secara objektif dan membantu klien membuat keputusan yang tepat mengikut keadaan masing-masing.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) [LL.B (Hons)] dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2019.
Setelah menamatkan pengajian, beliau menjalani latihan dalam kamar di bawah bimbingan Tetuan Salina Taib & Co di Melaka dan telah diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara pada tahun 2020.
Sepanjang tempoh tersebut, beliau terdedah kepada amalan conveyancing termasuk urusan sub-sale, dokumentasi pinjaman bank serta pengendalian dokumen pemaju.
Beliau kemudiannya beramal sebagai Peguambela dan Peguamcara di Tetuan Misyail Othman & Co sebelum menubuhkan firma guamannya sendiri, Tetuan Nurhidayah & Co di Melaka.
Beliau telah ditauliahkan sebagai Peguam Syarie Negeri Melaka dan menyambung pengajian dalam jurusan Diploma Amalan Guaman Syariah (DSLP) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Seterusnya, beliau menubuhkan firma guaman syarie Tetuan Nurhidayah & Partners dengan fokus kepada pengendalian kes-kes Syariah di negeri Melaka.
Tidak pasti kes anda berada di bawah kategori yang mana?
Dapatkan pandangan awal bersama peguam syarie kami.
Di saat anda berhadapan dengan perkara yang besar dalam hidup - perceraian, hak penjagaan anak, tuntutan nafkah atau pembahagian harta pusaka - anda bukan sekadar memerlukan peguam yang memahami undang-undang.
Anda memerlukan peguam syarie yang memahami situasi anda, bertindak dengan penuh amanah, dan membimbing anda melalui setiap proses dengan jelas, tenang dan beretika.
Di Nurhidayah & Partners, setiap kes dikendalikan secara profesional, berpaksikan nilai Islam, keadilan dan kepentingan terbaik klien mengikut landasan undang-undang syariah Negeri Melaka.
Ya. Kami menawarkan konsultasi awal secara percuma bagi membantu anda memahami kedudukan kes dan pilihan yang tersedia sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.
Semua maklumat yang dikongsi adalah sulit dan dikendalikan secara profesional mengikut etika guaman dan prinsip kerahsiaan klien.
Tidak semestinya. Konsultasi boleh dijalankan melalui WhatsApp, panggilan telefon, sesi dalam talian atau perjumpaan di pejabat, mengikut kesesuaian anda.
Tempoh konsultasi bergantung kepada isu yang dibincangkan, namun kebiasaannya antara 30 hingga 60 minit.
Tidak. Tiada sebarang komitmen untuk melantik peguam selepas sesi konsultasi awal. Keputusan sepenuhnya di tangan anda.
Anda tidak perlu risau. Semasa konsultasi, kami akan membantu mengenal pasti kategori kes dan langkah yang sesuai berdasarkan situasi anda.
Ya. Sebarang anggaran kos dan skop kerja akan dijelaskan dengan telus sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.
Fokus utama kami adalah kes-kes Syariah di Negeri Melaka, namun anda boleh berbincang dengan kami untuk penilaian lanjut.
Dokumen bergantung kepada jenis kes. Senarai ringkas akan dimaklumkan kepada anda selepas sesi konsultasi awal.
Anda boleh mengisi borang konsultasi di laman ini atau menghubungi kami terus melalui WhatsApp untuk menetapkan sesi konsultasi.
Anda mempunyai persoalan berkaitan undang-undang Syariah atau sedang berdepan situasi yang memerlukan panduan profesional?
Kami menawarkan konsultasi percuma bernilai RM200/jam bagi membantu anda memahami kedudukan, hak dan pilihan yang tersedia.
Setiap maklumat dikendalikan secara sulit dan profesional.